𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂: 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗔𝗜 𝗱𝗮𝗻 𝗘-𝗗𝗮𝗴𝗮𝗻𝗴.
Program anjuran bersama Kelab Pendidikan dan Tadbir Urus Komuniti (PDT), pensyarah-pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM iaitu Encik Abdul Azim Bin Abdul Rashid, Dr Noraniza Binti Md Jani, Encik Amirul Asyraf Bin Mohamad Zahir, Dr. Aisyah Binti Mohd Rahimi dan Encik Muhammad Faiz Bin Supian serta Pusat Pengurusan Kolaborasi (RISE), UTeM ini telah dijalankan pada ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Kompleks PDT Melaka
Program ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat, pelajar KKTM Masjid Tanah dengan perkongsian daripada Encik Amirul Asyraf Bin Mohamad Zahir, Dr. Aisyah Binti Mohd Rahimi, dan Encik Abdul Azim Bin Abdul Rashid berkaitan penggunaan AI dan e-dagang sebagai medium menjana pendapatan tambahan.
Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuhkan usaha pemerkasaan komuniti melalui teknologi dan ekonomi digital.