𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗿𝗶𝗸𝘂𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗟𝘂𝗮𝗿
FTMK UTeM telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kurikulum bersama Penilai Luar (External Assessor) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengkomputeran Awan dan Aplikasi dengan Kepujian (BITA) pada hari ini.
Sesi ini telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Hairulnizam bin Mahdin daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku Penilai Luar program. Bengkel ini menjadi platform perbincangan dan perkongsian pandangan bagi menilai serta menambah baik struktur kurikulum, kandungan akademik dan pelaksanaan program agar terus memenuhi standard kualiti, keperluan akreditasi, kehendak industri serta perkembangan semasa dalam bidang pengkomputeran awan.
FTMK diwakili oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Ts. Dr. Ahmad Shaarizan Shaarani; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pascasiswazah, Ts. Dr. Mohd Rizuan Baharon; Ketua Jabatan Sistem dan Komunikasi Komputer (SKK), Ts. Dr. Zurina Sa’aya; Penyelaras Program BITA, Ts. Dr. Mohd Fairuz Iskandar Othman; serta ahli-ahli Jawatankuasa Bengkel.
FTMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Ts. Dr. Hairulnizam bin Mahdin atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan yang amat bernilai dalam memperkukuh kualiti kurikulum dan penyampaian Program BITA. Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
