???????????! ??????? ?????-????? ??? ??????? ?????? ????? ?? ??? ????? ?????
380 pelajar. 24 Dekan dan Wakil Dekan ICT dari 23 IPT seluruh Malaysia. Satu misi � menyalakan minat STEM sejak awal.
Pada 11 September 2026, FTMK UTeM dengan bangganya menjadi tuan rumah program CSR MaDICT Bil. 3/2026, “TECHventure! � Jelajah Dunia Teknologi Bersama Dekan-Dekan ICT” di SMK Bukit Katil, Melaka.
Bukan sekadar ceramah � pelajar Tingkatan 1 hingga 3 duduk sekelas dengan pemimpin ICT negara, meneroka dunia AI, Sains Data & pengaturcaraan. Setiap pelajar turut pulang dengan kit pembelajaran sendiri, ditaja sepenuhnya melalui komponen Young Engineers Explorers Programme (YEEP) di bawah Program Tuisyen STEM, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPT.
“Dunia Perlukan Kamu!” � dan hari ini, 380 bakal peneraju teknologi negara sudah selangkah lebih dekat.
Tahniah kepada semua fasilitator, Jawatankuasa Pelaksana, dan warga SMK Bukit Katil yang menjayakan program ini. 
Mengukuhkan Kerjasama � Memperkasa Pendidikan ICT � Memacu Inovasi & AI
Klik DISNI untuk melihat paparan media sosial berkaitan.
