𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗳 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗿𝘂𝗰𝘁𝗲𝗱 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗹𝘀 (𝗦𝗜𝗠) 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗗𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗟𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 (𝗢𝗗𝗟)
Sorotan sekitar Bengkel Pembangunan Self Instructed Materials (SIM) untuk Online Distance Learning (ODL) telah berlangsung dengan jayanya pada ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 29 April 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Seminar FTMK
Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Teknikal ODL yang terdiri daripada Dr Noraniza, Dr Aisyah, En. Safwan Razak, En. Fuad Abdullah dan En. Pang Kok An. Seramai 42 orang peserta telah terlibat, melibatkan gabungan Jawatankuasa Penyedia Dokumentasi, Subject Matter Experts (SME) serta Jawatankuasa Teknikal Pembangun Bahan Pengajaran.
Program ini turut menampilkan dua orang penceramah berpengalaman iaitu Dr Safiza Suhana Binti Kamal Baharin dari Pusat Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (PPPTJJ/CODL) serta Dr Zulisman bin Maksom dari Jabatan Pengajian Diploma, FTMK, UTeM yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengajaran & Pembelajaran (P&P) FTMK.
Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan pendekatan sistematik dalam pembangunan bahan pembelajaran kendiri (SIM) yang berkualiti bagi menyokong pelaksanaan ODL yang lebih efektif, interaktif dan berimpak tinggi.
Semoga usaha ini terus memperkasa inovasi pengajaran dan pembelajaran digital di FTMK selaras dengan keperluan pendidikan masa kini. 💻🎓