𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗧𝘂𝗹𝗶𝘀, 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 

Sorotan sekitar Bengkel Tulis, Terbit dan Pasar Buku Digital yang telah berlangsung dengan jayanya pada 28 April 2026 (Selasa).
Bengkel merupakan hasil kerjasama antara Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dan MSGA Sdn. Bhd.
Bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah, bengkel ini telah menghimpunkan seramai 45 orang peserta, bermula seawal 8.00 pagi hingga 2.15 petang – bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses penulisan, penerbitan serta strategi pemasaran buku digital dalam era teknologi masa kini.
Bengkel ini menampilkan perkongsian ilmu daripada empat orang penceramah berpengalaman, terdiri daripada dua wakil industri dari MSGA Sdn. Bhd. serta dua wakil FTMK iaitu Dr. Noraniza Binti Md Jani dan Encik Amirul Asyraf Bin Mohamad Zhahir. Para peserta berpeluang mempelajari teknik penulisan berkesan, proses penerbitan digital serta kaedah memasarkan karya secara dalam talian dengan lebih strategik.
Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para peserta untuk terus berkarya serta memanfaatkan platform digital dalam memperluaskan penyebaran ilmu dan penulisan kreatif.
