𝐃i𝐩l𝐨m𝐚t𝐞 𝐅T𝐌K telah menganjurkan program 𝐶𝑎𝑟𝑒𝑒𝑟 𝐶𝑜𝑚𝑝𝑎𝑠𝑠 𝑇𝑎𝑙𝑘 yang memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai hala tuju kerjaya, persediaan Latihan Industri (LI), pemilihan laluan pengajian, serta kemahiran penting untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Perkongsian yang disampaikan oleh Ts. Dr. Zuraini Othman dan Ts. Erman Hamid turut menyentuh aspek pembinaan resume, persediaan interview, pemilihan bidang pengkhususan, serta kepentingan adab dan sikap yang baik dalam membina masa depan yang cemerlang.
Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada mahasiswa Diploma FTMK untuk lebih yakin merancang perjalanan akademik dan kerjaya mereka pada masa hadapan. 

