𝗙𝗜𝗖𝗧𝗦 𝗔𝗰𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗰 𝗘𝘅𝗰𝗲𝗹𝗹𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗕𝗼𝗼𝘁𝗰𝗮𝗺𝗽 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗙𝗔𝗘𝗕 𝟮𝟬𝟮𝟲)
Program FICTS Academic Excellence Bootcamp 2026 (FAEB 2026) telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2026, bertempat di Dewan Seminar FTMK dan Kem Modal Insan, Melaka.
Program ini melibatkan seramai 32 orang barisan Majlis Tertinggi dan Exco FICTS Sesi 2026/2027, dengan bimbingan Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni (TD PPA) FTMK, barisan penasihat FICTS serta lapan orang fasilitator daripada barisan mantan FICTS sesi terdahulu.
Semoga program ini dapat memperkukuh kepimpinan, kerjasama berpasukan dan kecemerlangan akademik dalam kalangan barisan kepimpinan baharu FICTS.
Untuk gambar berkaitan, mohon layari FB bagi posting terbabit.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!