𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗶 𝗙𝗧𝗠𝗞
Di FTMK UTeM, setiap pelajar diberikan peluang melakukan kerja-kerja praktikal dalam sesi makmal bagi menjamin kualiti ilmu yang diberikan dapat difahami secara praktikal melengkapi kefahaman teori.
Sisipan gambar menampilkan sesi makmal menunjukkan para pelajar Diploma Sains Komputer sedang membuat pengkabelan ‘𝑈𝑛𝑠ℎ𝑖𝑒𝑙𝑑𝑒𝑑 𝑇𝑤𝑖𝑠𝑡𝑒𝑑 𝑃𝑎𝑖𝑟 (𝑈𝑇𝑃)’ dalam subjek DITS2313 𝐷𝑎𝑡𝑎 𝐶𝑜𝑚𝑚𝑢𝑛𝑖𝑐𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑎𝑛𝑑 𝑁𝑒𝑡𝑤𝑜𝑟𝑘𝑖𝑛𝑔; sesuai dengan matlamat pendidikan teknikal UTeM yang berteraskan pembelajaran ‘hands on’.
Pembelajaran praktikal dalam subjek ini merangkumi pengkabelan UTP, konfigurasi rangkaian menggunakan perkakasan sebenar dan juga aplikasi simulasi seperti Packet Tracer di mana pelajar didedahkan dengan asas pembangunan rangkaian dan aplikasi perkhidmatan rangkaian seperti DHCP, DNS, HTTPS, dan SMTP. Pelajar juga didedahkan dengan aplikasi merekabentuk rangkaian seperti Micosoft Visio dan aplikasi pemantauan rangkaian seperti Wireshark.
Kepada bakal lepasan SPM dan STPM di luar sana yang berminat dengan pembelajaran praktikal, teknikal dan TVET, jom UTeM jom UTeM STEP, jom FTMK! Ini tempat yang terbaik buat anda menjadi seorang yang profesional dan kompeten menuju kerjaya masa depan teknikal anda.
– at 𝐹𝑎𝑘𝑢𝑙𝑡𝑖 𝑇𝑒𝑘𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖 𝑀𝑎𝑘𝑙𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑜𝑚𝑢𝑛𝑖𝑘𝑎𝑠𝑖
#myftmk
See less
