𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 “𝑪𝒐𝒎𝒑𝒖𝒕𝒆𝒓 𝑺𝒄𝒊𝒆𝒏𝒄𝒆 𝑨𝒄𝒂𝒅𝒆𝒎𝒊𝒄 𝑺𝒕𝒖𝒅𝒚 𝑽𝒊𝒔𝒊𝒕 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑻𝒐 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂” 𝗨𝗜𝗕, 𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Internasional Batam (UIB), Indonesia menerusi program “Computer Science Academic Study Visit Program to Malaysia”.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama akademik antara UTeM dan UIB yang telah terjalin sejak tahun 2011 melalui Memorandum Persefahaman (MoU). Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai inisiatif strategik telah dilaksanakan termasuk program mobiliti pelajar, pertukaran kepakaran, penyelidikan bersama serta penerbitan ilmiah.
Sepanjang lawatan, para delegasi telah diberikan pendedahan mengenai ekosistem pembelajaran di FTMK, kemudahan makmal, aktiviti akademik serta peluang kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua institusi. Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman serta memperkukuhkan jaringan akademik dan hubungan antarabangsa dalam bidang Sains Komputer.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi yang berimpak tinggi pada masa hadapan, sekali gus memperkukuhkan hubungan strategik antara FTMK UTeM dan Universitas Internasional Batam demi kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa.
