
Sorotan sekitar sesi Minggu Haluan Siswa (MHS) pelajar 𝐷𝑖𝑟𝑒𝑐𝑡 𝐸𝑛𝑡𝑟𝑦 UTeM, melibatkan pelajar-pelajar Diploma FTMK yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai persekitaran pembelajaran, struktur akademik, kemudahan fakulti serta pelbagai aspek penting yang dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswa di peringkat ijazah.
Semoga perjalanan di peringkat Ijazah Sarjana Muda ini menjadi lonjakan kepada perjalanan akademik yang cemerlang untuk akhirnya melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.


