📸 𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗦𝗠𝗞 𝗗𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗻𝘂𝗺 𝗸𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞 𝗨𝗧𝗲𝗠
FTMK UTeM telah menerima kunjungan pelajar dan guru dari SMK Dang Anum pada 9 Jun 2026 di Makmal Realiti Maya, FTMK.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknologi terkini serta peluang pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Para peserta berpeluang memahami teknologi realiti maya (VR) dan mengenali kemudahan pembelajaran yang terdapat di FTMK.
Semoga lawatan ini dapat menyuntik minat serta inspirasi kepada pelajar untuk meneroka bidang teknologi pada masa hadapan.