STMicroelectronics Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Program STEM menggunakan Micro:bit bagi sekolah-sekolah dalam daerah Muar dan Tangkak. Program ini bertujuan meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains Komputer dan Teknologi melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif, kreatif dan berasaskan pengalaman praktikal.
Program ini dikendalikan oleh barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang teknologi dan pendidikan STEM:
Diharapkan program ini dapat menyemai minat murid terhadap teknologi digital, pemikiran komputasional dan inovasi, seterusnya melahirkan generasi muda yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan era kecerdasan buatan (AI).
