𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗡𝗨𝗦𝗔 𝗸𝗲 𝗙𝗧𝗠𝗞
FTMK mengalu-alukan kehadiran delegasi Universitas Nahdlatul Ulama Surabaya (UNUSA), Indonesia yang diketuai oleh Dr. Teguh Herlambang, S.Si., M.Si. bersama Dr. Reizano Amri Rasyid, S.T., M.M.T.
Lawatan delegasi UNUSA ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini telah berlangsung pada 28 Julai 2026 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Utama FTMK.
Sesi perbincangan memfokus kepada usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi melalui penerokaan kerjasama dalam bidang penyelidikan, akademik, penerbitan bersama, penyeliaan pelajar, matching grant, serta cadangan Memorandum of Understanding (MoU).
Perbincangan turut menekankan pengukuhan jaringan kerjasama antarabangsa yang dibina hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif khidmat komuniti bersama.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat serta memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dalam memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa.