𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗴𝗮𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 (𝗞𝗣𝗢) 𝗙𝗜𝗖𝗧𝗦 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟳
Sorotan sekitar Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) FICTS Sesi 2026/2027 yang berlangsung di Bilik RECAP FTMK.
Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran kepimpinan serta pengurusan organisasi dalam kalangan barisan kepimpinan pelajar agar lebih bersedia memimpin dengan berkesan, profesional dan berintegriti.
Terima kasih kepada Puan Mahfuzah binti Md Shukor selaku penceramah dan Puan Rina Fitri Anasuhani binti Amril selaku pembantu penceramah atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan organisasi pelajar di FTMK.
#FTMKUTeM #UTeM #FICTS #KPO20262027 #MahasiswaBerintegriti #StudentLeadership
#myftmk
