Pada 30 Jun 2026 yang lalu, Kelab MySTEM Ambassador UTeM telah membawa program 𝐌𝐀𝐓𝐇𝐢𝐬𝐅𝐔𝐍 membuka booth pameran di 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 yang diadakan serentak dengan 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐒𝐒 𝐒𝐓𝐄𝐌𝐍𝐄𝐗𝐔𝐒 @ 𝐍𝐄𝐂𝐚𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 di SMK Tebong, Alor Gajah — julung kali “𝐷𝑢𝑜 𝐾𝑎𝑟𝑛𝑖𝑣𝑎𝑙” sebegini diadakan di Melaka! 
Bertemakan “𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐷𝑖𝑗𝑎𝑔𝑎, 𝐼𝑙𝑚𝑢 𝐷𝑖𝑐𝑎𝑟𝑖, 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝐺𝑒𝑚𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔”, karnival ini menghimpunkan 23 pempamer termasuk MDEC, Agensi Angkasa Malaysia, Pusat Sains Negara dan pelbagai institusi latihan — dan UTeM FTMK dengan bangganya turut sama! 
Digerakkan oleh 13 fasilitator dari kalangan pelajar 2DCS dan alumni Diploma Sains Komputer, diselia oleh 2 pensyarah, booth MATHisFUN menawarkan:
Alhamdulillah, lebih 150 pengunjung merentasi kaum Orang Asli, Melayu, Cina dan India — dan pelbagai peringkat umur — singgah dan menyertai aktiviti di booth kami. Bukti bahawa pembelajaran matematik secara 𝑓𝑢𝑛 𝑙𝑒𝑎𝑟𝑛𝑖𝑛𝑔 boleh menarik minat semua lapisan masyarakat! 
Program ini disokong oleh 𝑮𝒆𝒓𝒂𝒏 𝑪𝒐𝒍𝒍𝒂𝒃𝒐𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒂𝒏𝒅 𝑬𝒏𝒈𝒂𝒈𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕 (𝑪&𝑬) 𝑰𝑬𝑬𝑬 𝑺𝒚𝒔𝒕𝒆𝒎𝒔, 𝑴𝒂𝒏, 𝒂𝒏𝒅 𝑪𝒚𝒃𝒆𝒓𝒏𝒆𝒕𝒊𝒄𝒔 𝑺𝒐𝒄𝒊𝒆𝒕𝒚 (𝑰𝑬𝑬𝑬 𝑺𝑴𝑪) di bawah inisiatif MATHisFUN SMC Engagement, susulan kejayaan Geran UNESCO-SKUM 2025 bersama SK Menggong dan SK Seri Machap.
Tahniah kepada semua fasilitator DCS MySTEM Ambassador atas dedikasi membawa ilmu ke luar bilik darjah! 
