Alhamdulillah, FTMK UTeM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan ON Semiconductor telah berjaya menganjurkan *Bengkel ONSEMI Peringkat Negeri Sembilan*! 
Program ini menghimpunkan pelajar dan guru terpilih dari sekolah rendah dan menengah seluruh Negeri Sembilan — pemenang peringkat daerah dari bengkel yang telah dijalankan sebelum ini. Peserta didedahkan kepada pembelajaran berasaskan projek, pengaturcaraan 𝑀𝑖𝑐𝑟𝑜:𝑏𝑖𝑡, serta kemahiran inovasi bagi menyelesaikan masalah sekolah dan komuniti. 
Bengkel ini juga merupakan persediaan ke arah *Cabaran Inspirasi Inovasi Pintar 2026, sebuah pertandingan inovasi peringkat negeri yang akan menyaksikan lima (5) kumpulan terbaik dari sekolah rendah dan menengah terpilih untuk pameran projek sempena 𝐾𝑎𝑟𝑛𝑖𝑣𝑎𝑙 𝑇𝑉𝐸𝑇 𝐾𝑢𝑎𝑙𝑎 𝑃𝑖𝑙𝑎ℎ sekitar September/Oktober 2026. 
Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan komitmen dalam menimba ilmu serta mencipta inovasi yang memberi impak kepada masyarakat! 
