📌 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 & 𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗛𝗮𝗹𝗮 𝗧𝘂𝗷𝘂 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗙𝗜𝗖𝗧𝗦 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟳
🗓️ Tarikh: 6 Jun 2026
📍 Tempat: Bilik Kuliah 13, FTMK
👥 Penasihat: Cik Fara Naquiah, Encik Asri dan Encik Amir
Mesyuarat dan bengkel ini telah diadakan bagi memperkenalkan hala tuju serta perancangan awal barisan kepimpinan baharu FICTS bagi sesi 2026/2027.
Program ini menjadi platform untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, memupuk nilai kepimpinan, serta merangka aktiviti dan inisiatif yang mampu memberi impak positif kepada warga FTMK.
Semoga barisan kepimpinan FICTS yang baharu dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi serta terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah, akademik dan kebajikan mahasiswa FTMK.
Terima kasih kepada kepimpinan FICTS 2025/2026, Selamat Berkhidmat kepimpinan FICTS 2026/2027!