📢 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂: 𝙋𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙨𝙖𝙣𝙖𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙅𝙖𝙧𝙖𝙠 𝙅𝙖𝙪𝙝 (𝙊𝘿𝙇) 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙀𝙛𝙚𝙠𝙩𝙞𝙛 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙈𝙖𝙨𝙩𝙚𝙧 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙧𝙪
🗓️ Tarikh: 3 Jun 2026 (Rabu)
🕝 Masa: 2.30 petang – 5.30 petang
📍 Lokasi: Clear Room, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), melalui Jawatankuasa Induk Teknikal ODL, telah menganjurkan satu sesi perkongsian ilmu bertajuk “Pelaksanaan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) yang Efektif untuk Program Master Baharu”.
Program yang disertai oleh 52 orang tenaga pengajar FTMK ini melibatkan ahli jawatankuasa pembangun program serta ahli jawatankuasa teknikal pembangunan bahan pengajaran bagi program Sarjana Kejuruteraan Perisian (MSWE), Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) (MCSM) serta program Bridging bagi sarjana muda terpilih.
Sesi ini bertujuan untuk:
✅ Memberikan pendedahan mengenai kaedah pembangunan dan pelaksanaan pengajaran serta pembelajaran berasaskan ODL yang efektif, selaras dengan piawaian MQA dan memenuhi keperluan pelajar.
✅ Menyokong usaha fakulti dalam memperkukuh pelaksanaan pembelajaran fleksibel dan berpusatkan pelajar.
Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Muzamir bin Othman @ Marzuki dari UNIRAZAK, yang berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pembangunan dan pelaksanaan program ODL di peringkat pengajian tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Teknikal ODL FTMK yang terdiri daripada Dr. Noraniza, Dr. Aisyah, Encik Safwan Razak, Encik Fuad Abdullah dan Encik Pang Kok An atas penganjuran program yang bermanfaat ini.
Semoga inisiatif seperti ini terus memperkukuh kecemerlangan FTMK dalam menawarkan pengalaman pembelajaran digital yang berkualiti dan berimpak tinggi.