Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima lawatan semakan daripada Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP) bagi menilai keperluan ruang untuk kerja-kerja menaik taraf makmal penyelidikan kepada bilik kuliah serta penambahan ruang pengajaran dan pembelajaran di FTMK.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada persediaan FTMK dalam merealisasikan sasaran 5,000 orang pelajar, selaras dengan perancangan pembukaan empat (4) program akademik baharu di peringkat prasiswazah dan dua (2) program akademik baharu di peringkat pascasiswazah. Penambahbaikan fasiliti pembelajaran menjadi antara agenda penting fakulti dan universiti bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, moden dan selesa untuk warga pelajar.
Lawatan semakan ini telah dihadiri oleh Dekan FTMK bersama pegawai dan staf daripada Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP) serta Pejabat Pengurusan Projek dan Kemudahan (PPPK) bagi meninjau keperluan serta cadangan penambahbaikan ruang yang bakal dilaksanakan.
Semoga usaha ini dapat memperkukuh lagi ekosistem pengajaran dan pembelajaran FTMK demi melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.
