𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗹𝗮𝗯𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗨𝗟𝗕𝗜
FTMK UTeM telah mengadakan Mesyuarat Kolaborasi bersama Universitas Logistik dan Bisnis Internasional (ULBI), Indonesia pada 23 Julai 2026 secara dalam talian.
Mesyuarat ini menghimpunkan delegasi kedua-dua institusi bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan, mobiliti pelajar dan pensyarah, serta inisiatif antarabangsa yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua universiti.
Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berimpak pada masa hadapan.