Hujan pada petang 25 Julai tidak menghalang para pelajar mobiliti dari FAST NUCES dan LUMS untuk terus menikmati aktiviti bersama fasilitator UTeM.
Aktiviti diteruskan di dalam bangunan melalui pelbagai permainan tradisional dan rekreasi seperti congkak, batu seremban, ceper, catur, karom, dam ular, dan permainan kad. Antara yang paling mendapat sambutan ialah congkak dan Happy Family.
Pada petang 26 Julai, para pelajar dan fasilitator UTeM turut bermain galah panjang bersama-sama. Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali permainan tradisional Malaysia, di samping membina semangat berpasukan dan mengeratkan persahabatan.
————————
The rain on the evening of 25 July did not stop the mobility students from FAST NUCES and LUMS from enjoying activities together with the UTeM facilitators.
The programme continued indoors with a variety of traditional and recreational games, including congkak, batu seremban, ceper, chess, carrom, snakes and ladders and card games. Congkak and Happy Family were among the most popular activities.
On the evening of 26 July, the students and UTeM facilitators also played galah panjang together. The activity introduced the participants to Malaysian traditional games while encouraging teamwork and strengthening friendships.
Stay tuned for more programme highlights!
