𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝑺𝑼𝑳𝑨𝑴 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗕𝗜𝗧𝗦𝟯𝟱𝟯𝟱 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗔𝗴𝗿𝗼 𝗣𝗶𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗼𝗧
Sorotan sekitar Majlis Penutup Program SULAM Kursus BITS3535: Digitalisasi Agro Pintar Menggunakan IoT bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM yang berlangsung pada 11 Jun 2026.
Program yang melibatkan seramai 48 orang pelajar Kursus BITS3535 ini merupakan hasil kerjasama antara pelajar FTMK dan Komuniti KRT Taman Angkasa Nuri dalam menerapkan penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) bagi menyokong amalan pertanian pintar serta memperkukuhkan pemindahan ilmu kepada komuniti setempat.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Zurina Saaya, Ketua Jabatan Sistem dan Komunikati Komputer, FTMK yang mewakili Dekan FTMK. Turut hadir ialah Encik Erwan Idris, Pengerusi KRT Taman Angkasa Nuri selaku wakil komuniti, Dr. Norharyati Harun selaku Penyelaras Kursus BITS3535, serta Abdul Azim Bin Abdul Rashid selaku Pengarah Projek.
Program ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknologi secara langsung dalam komuniti melalui pendekatan pembelajaran berasaskan perkhidmatan (SULAM), sekali gus menyumbang ke arah pembangunan komuniti yang lebih lestari dan berdaya saing menerusi pendigitalan sektor agro.