𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗷𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗿𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗠𝘂𝗱𝗮 (𝗔𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗶𝗵) 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻
Sorotan sekitar Sesi Bersama Penasihat Luar Program Ijazah Sarjana Muda (Aplikasi Mudah Alih) dengan Kepujian yang dijalankan pada 24 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FTMK.
Sesi ini telah dijalankan bersama Encik Ommar Abd Aziz daripada Prasarana Malaysia Berhad, yang berkongsi pandangan serta pengalaman industri berkaitan perkembangan teknologi aplikasi mudah alih, keperluan semasa industri, dan kompetensi yang perlu dikuasai oleh graduan bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Perkongsian amat penting buat FTMK memperkukuhkan lagi kurikulum program agar sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri, sekali gus melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
FTMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi kepakaran demi kecemerlangan pendidikan dan pembangunan modal insan negara.