𝐒𝐔𝐋𝐀𝐌 𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 — 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑢𝑎𝑠𝑎𝑎𝑛 𝐾𝑜𝑛𝑠𝑒𝑝 𝐴𝑠𝑎𝑠 𝐴𝑙𝑗𝑎𝑏𝑎𝑟 𝑀𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢𝑖 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎𝑟𝑎𝑛 𝐷𝑖𝑔𝑖𝑡𝑎𝑙 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑟𝑎𝑘𝑡𝑖𝑓
Alhamdulillah, pada 23 Jun 2026 (Selasa), program SULAM bersama komuniti bagi kursus DITI1263 Kalkulus dan Aljabar telah berjaya dilaksanakan bersama pelajar Tahap 2 dari SK Menggong dan SK Seri Machap! 
Dalam program ini, pelajar tahun 1 Diploma Sains Komputer, FTMK UTeM telah membangunkan modul matematik interaktif di platform UCRED UTeM, sebagai sebahagian daripada tugasan kursus, dengan fokus khusus menyelesaikan cabaran penguasaan konsep asas Aljabar di peringkat sekolah rendah. Modul ini direka secara gamified agar Aljabar lebih mudah difahami, menarik dan FUN untuk murid-murid! 
Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif MATHisFUN SMC Engagement Initiative — Gamified Digital Mathematics Learning for Indigenous and Rural Primary School Children, Melaka, Malaysia, dengan kerjasama IEEE SMC (Systems, Man, and Cybernetics Society), dalam usaha memperkasakan pembelajaran matematik murid luar bandar di Melaka.
Tahniah kepada semua Pelajar Tahun 1 Diploma Sains Komputer yang terlibat dalam membangunkan modul, serta guru-guru dan murid-murid SK Menggong & SK Seri Machap yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang padu! 
Semoga inisiatif kecil ini memberi impak besar dalam memupuk minat dan keyakinan murid-murid terhadap Matematik, khususnya Aljabar. 
SULAM × DITI1263 × FTMK UTeM × IEEE SMC
