Semua bilik kuliah FTMK dibuka untuk pelajar FTMK bermula 8:00 pagi Selasa 10 Mei 2022 dengan matlamat berikut:

i. membekalkan persekitaran pembelajaran yang konduktif

ii. menyokong pembelajaran kolaboratif dengan ruang perbincangan yang selesa

iii. memaksimakan fasiliti untuk menyokong proses pembelajaran

Bila dan bagaimana menggunakannya?

Tiada pendaftaran dan tempahan diperlukan untuk setiap penggunaan bilik kuliah! Setiap bilik kuliah adalah sedia untuk digunakan daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Adakah ianya bermakna bahawa perkuliahan fizikal telah kembali seperti sebelumnya?

Tidak! Perlaksanaan perkuliahan masih berjalan secara dalam talian dengan hanya sesi makmal berjalan secara bersemuka. Perkuliahan secara bersemuka akan hanya bermula selepas notis rasmi dikeluarkan oleh Pengurusan FTMK.

Kelonggaran yang diberikan ini sesuai dengan situasi semasa negara yang sedang meladeni 𝑭𝒂𝒔𝒂 Peralihan ke 𝑬𝒏𝒅𝒆𝒎𝒊𝒌. Semoga ianya berhasil memberikan pelajar lebih ruang dan peluang dalam menjalani sesi pembelajaran.

Ayuh manfaatkan ianya sebaiknya!

#PengurusMakmalFTMK

#myftmk