Warga Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM merakamkan ucapan Sekalung Tahniah buat Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi Azmi atas pelantikan selaku Dekan Fakukti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2022.


Ucapan Tahniah juga dirakamkan untuk Ts. Dr. Ahmad Shaarizan Shaarani atas pelantikan ke jawatan Timbalan Dekan (Akademik) dan Profesor Madya Ts. Dr. Nurul Akmar Emran atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pasca Siswazah), juga kepada Profesor Madya Dr. Hafiz Zakaria oleh lantikan semula jawatan Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar).


FTMK UTeM memandang ke hadapan dengan penuh semangat dan iltizam untuk terus maju dan berdaya saing di bawah urus tadbir Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi Azmi dan barisan kepimpinan yang baharu.


Setinggi-tinggi Tahniah.
Selamat menjalankan tugas!
FTMK Truly World!
#myftmk