🤝 𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗣𝗜 𝗝𝗣𝗣𝗞𝗞 𝗸𝗲 𝗖𝗔𝗖𝗧 FTMK UTeM
𝑀𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑘𝑢𝑘𝑢ℎ 𝐽𝑎𝑟𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛, 𝑀𝑒𝑛𝑐𝑒𝑡𝑢𝑠 𝐼𝑛𝑜𝑣𝑎𝑠𝑖
Sorotan sekitar kunjungan delegasi daripada Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ke Centre for Advanced Computing Technologies (C-ACT), FTMK UTeM pada 25 Jun 2026 (Khamis) bertempat di Clear Room, FTMK UTeM.
Delegasi JPPKK diketuai oleh Ts. Dr. Anwar bin Hamid@Pa, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, bersama pegawai-pegawai PIP JPPKK serta barisan penyelidik yang hadir bagi mengadakan sesi perkongsian dan perbincangan ilmiah.
Turut menyambut kehadiran delegasi ialah Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob, Penasihat PIP JPPKK, Ts. Dr. Norharyati Harum, Pengurus Centre for Advanced Computing Technologies (C-ACT), serta warga penyelidik C-ACT FTMK.
Pertemuan ini menjadi medan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan penyelidikan, meneroka potensi kerjasama strategik serta membincangkan inisiatif yang mampu memperkukuh ekosistem penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi antara UTeM dan JPPKK.
Semoga hubungan yang terjalin ini terus berkembang melalui pelbagai kolaborasi berimpak tinggi demi memperkasakan agenda penyelidikan dan inovasi negara.
𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐯𝐚𝐧𝐜𝐞𝐝 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐮𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐞𝐬 (𝐂-𝐀𝐂𝐓), 𝐅𝐓𝐌𝐊 𝐔𝐓𝐞𝐌