𝗣𝗲𝗿𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗙𝗧𝗠𝗞-𝗨𝗗𝗜𝗡𝗨𝗦
FTMK UTeM telah menerima kunjungan delegasi dari Universitas Dian Nuswantoro (UDINUS), Indonesia bagi mengadakan sesi perbincangan strategik yang memfokuskan kepada peluang kerjasama antara kedua-dua institusi.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi geran padanan, program mobiliti pelajar dan staf, serta penerokaan program kolaboratif yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua universiti pada masa hadapan.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan akademik yang lebih erat serta membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pengantarabangsaan.
